Beberapa bangunan di wilayah Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.- Gambar FB

ISTANBUL – Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Dodecanese, Greece pada 7.51 malam tadi.

Gempa itu berlaku kira-kira 67 kilometer Barat Daya dari Izmir, Turki, pada kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi kuat melanda Laut Aegea pada Jumaat, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.

Beberapa bangunan di wilayah Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.

Empat orang terbunuh dan 120 cedera dalam kejadian di pantai barat Turki dan beberapa bahagian di Greece hari ini, kata menteri kesihatan Turki, Fahrettin Koca.

“Malangnya, empat warganegara kita kehilangan nyawa dalam gempa bumi yang memusnahkan bangunan di bandar peranginan pantai Izmir di Turki,” katanya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast