Rumah lereng bukit idaman hanya dari RM500k. Tawaran terhad. Rebat RM8,888 dengan baucar RM188. Jimat!

Rumah dalam taman? Ahhh klise sangat bunyinya. Bukankah sudah banyak kediaman dalam taman yang ditawarkan kepada mereka yang mengidamkan tempat tinggal bercirikan hijau dan alam semulajadi.

Jangan cepat buat kesimpulan! Gamuda Gardens bukan biasa-biasa. Kediaman terbaharu yang ditawarkan amat istimewa dan pasti menepati citarasa anda yang mahukan sesuatu kelainan dan mempunyai tarikan tersendiri.

Illaria, seindah dan seunik namanya. Pernahkah anda terfikir bangkit dari tidur menikmati udara nyaman sambil meniti denai yang masih dibasahi embun pagi menuju ke taman persendirian di lereng bukit. Hmmm macam menonton filem, tapi itu bukan pentas lakonan tau!

Jika selama ini anda perlu pergi ke destinasi percutian bertaraf lima bintang untuk menikmati suasana serba mewah dikeliling alam semula jadi, kini tidak lagi! Anda berjalan di Illaria Hillside Homes –  taman selangkah dari kediaman anda, paling tidak boleh percaya, anda boleh menikmati keasyikan itu setiap hari malah sepanjang masa.

Ia ada realiti kecantikan alam semulajadi yang disajikan oleh Gamuda Gardens sinonim dengan keunikan nama  Illaria itu sendiri. Eh! masih terlalu awal untuk dibuai perasaan, mari kita meneroka satu demi satu kelebihan yang ditawarkan Gamuda Gardens.

Memanjakan diri dengan keasyikan alam semulajadi menjadi bertambah hebat apabila anda dilayan di kelab kediaman berkonsepkan taman. Belailah diri anda di Gardens Wellness Clubhouse yang menyajikan pelbagai kemudahan untuk anda melepaskan lelah selepas penat seharian di tempat kerja.

Satu lagi kehebatan Illaria adalah Waterfront Retail Village yang mengekalkan ciri-ciri desa melengkapi kediaman idaman anda selama ini, ditambah pula dengan kemudahan sekolah awam dan swasta yang didirikan di Gamuda Gardens pastinya menjadikan urusan harian anda lebih lancar.

Ibaratnya, memiliki Illaria Hillside Homes anda ada segala-galanya untuk dinikmati seisi keluarga tanpa perlu meletihkan otak memikirkan perjalanan yang perlu ditempuh semata-mata untuk memastikan anda sekeluarga hidup bahagia dalam suasana mendamaikan.

Setiap penghuni mempunyai akses ke Private Hill Park bagi mencipta kelainan dalam setiap langkah anda meneroka alam semulajadi dengan panorama bukit serba hijau dan lereng bertingkat-tingkat yang jarang sekali ditawarkan projek-projek kediaman yang lain.

Suasana kejiranan juga cukup mengkagumkan. Konsep co-living membolehkan penghuni Illaria Hillside Homes melakukan pelbagai aktiviti seperti BBQ dan juga beriadah baik bersendiri mahu pun berkumpulan tanpa perlu risau kerana segala-galanya tersedia.

Bagi yang gemar berkebun, anda boleh melakukan aktiviti tersebut bersama-sama penghuni di situ. Konsep komuniti farming tentunya akan menambah keceriaan hidup apatah lagi apabila tanaman mula membuahkan hasil untuk dinikmati bersama-sama.

Tidak cukup dengan komuniti farming, Illaria Hillside Homes menyediakan Sakura Lane membuatkan anda merasa seperti di Jepun apabila suasana kediaman anda dihiasi dengan bunga-bunga berwarna pink sama seperti yang kita temui di Jepun.

Tentunya petang anda menjadi lebih bahagia apabila anda dapat berjalan-jalan di bawah pohon yang cantik dan menyegarkan mata yang memandang.

Aktiviti sekeluarga tidak hanya berlangsung pada waktu siang. Di Illaria, terdapat platform yang merupakan spot terbaik untuk anda dan orang tersayang melakukan aktiviti stargazing.

Bukan hanya untuk orang dewasa, Illaria tetap mengutamakan semua peringkat umur termasuk kanak-kanak supaya setiap aktiviti dapat dilakukan bersama. Misalnya anda boleh membawa anak-anak untuk bermain di outdoor playground dan dalam masa yang sama anda mencari ketenangan dengan beryoga.

Jika anda gemar aktiviti lebih berat, apa kata workout di yoga deck yang disediakan atau hiking di kawasan berbukit tanpa perlu memandu keluar dari kawasan kediaman anda.

Bagaimana pula mereka yang ingin tahu tentang feng shui Illaria? Pakar feng shui, Dato’ Joey Yap berkongsi pandangan mengenai Illaria Hillside Homes.

Persekitaran lereng bukit ditakluk oleh ‘Green Dragon’ yang menjadi simbol kepada tuah dan prospek positif. Suasana di Illaria juga membuka peluang kepada para penghuninya untuk menikmati taraf hidup yang lebih baik diiringi kemakmuran bersama.

Susun atur rumah di lereng bukit menggambarkan pembentukan ‘Jade Pillow’ yang membawa kepada kepintaran, kuasa dan kekayaan tentunya ia sesuatu yang menarik untuk golongan usahawan yang mahu memulakan sesuatu yang baharu.

Dua bukit di Illaria mewakili ‘Heavenly Wealth Stars’ yang mana salah satu daripadanya lebih tinggi merupakan signal kepada kekayaan dan kemakmuran kepada penghuni kediaman di situ.

Tidak cukup keindahan alam semulajadi dan pemandangan lereng bukit, Gamuda Gardens turut memastikan bakal penghuni di projek kediaman itu dapat bergerak dengan lancar ke mana sahaja.

Dihubungkan dengan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya LATAR dan Lebuh Raya Guthrie – anda tidak perlu gusar untuk menjelajah ke mana-mana destinasi kerana Gamuda Gardens sentiasa memahami kehendak serta keperluan anda.

Yang pasti, Gamuda Gardens menawarkan aura tersendiri sehingga anda dapat merasakan aliran tenaga positif di segenap kehidupan anda. Illaria Hillside Homes ada ciri-ciri tersendiri yang tidak boleh dilepaskan sama sekali. Dengan harga yang amat berbaloi, mengapa perlu tunggu lama jika peluang ini terbentang untuk anda rebut sekarang.

Jangan lepaskan peluang! Beli baucar RM188 di Shopee anda akan menikmati Baucar Shoppe bernilai RM8,888 dan RM1,000 Touch ‘n Go eWallet Reload PIN

Sila layari laman web Gamuda Gardens Illaria https://gamudaland.com.my/gamudagardens/illaria/?s=MalaysiaGazzate untuk pengalaman yang luar biasa ini. – MalaysiaGazette