Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan perlu mengehadkan pergerakan fizikal susulan kecederaan ligamen lutut.

Setiausaha Politiknya, Muhyidin Abdul Rashid dalam satu kenyataan hari ini berkata Ahmad Samsuri selamat menjalani pembedahan (ACL reconstruction and cartilage repair) di sebuah hospital petang tadi.

Katanya doktor telah menasihatkan Ahmad Samsuri mengurangkan pergerakan yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

“Pembedahan ini dilakukan kerana kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat daripada terseliuh kerana menahan badan dari jatuh semasa aktiviti riadah.

“Bagaimanapun, Menteri Besar akan tetap berusaha untuk meneruskan urusan pentadbiran dan mesyuarat kerajaan, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri seperti biasa,” katanya.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast