Sejak semalam kecoh di media sosial mengenai kisah kononnya hubungan Neelofa dengan PU Rizz kini dalam situasi getir.

KUALA LUMPUR – Spekulasi pengacara terkenal Neelofa, 31, dan PU Riz, 25, atau Haris Ismali menjalin pertunangan petang tadi kini menjadi perhatian netizen di media sosial.

Ini kerana gambar-gambar serta video yang dimuat naik di Instagram Neelofa dan ibunya Noor Kartini seolah-olah mengesahkan hubungan istimewa yang telah melangkah ke alam pertunangan.

Malah terdapat sekeping gambar Neelofa memakai sebentuk cincin di jari manis menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Selain itu, satu status di Instastory Neelofa yang dimuat naik juga seakan-akan memberi gambaran tentang majlis yang diadakan hari Ini.

“Semoga hari ini kita diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih Allah kerana menyempurnakan perancangan ini,” tulisnya.

Selain itu, kata-kata yang ditulis tulis oleh Noor Kartini juga seperti mengesahkan segala-galanya.

“Bismillahhirohmanirohim Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.. syukur ku padamu Ya Rabb .. saat yang ku tunggu2 dah pun tiba, kau hadirkan insan istimewa yg bakal membimbing bidadari kesayangan ku.

“Aku yakin dgn ketentuanmu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya,yang akan menyokong setiap apa saja urusan nya..

“Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewamu disyurga mu nanti .. amiinn @neelofa ku sayang, jantung hatiku, intan permataku,setiap detik dan setiap saat mama mendoakan yang terbaik untuk mu sayang .. mama love you very much,” tulisnya.

Namun sehingga kilini Neelofa dan PU Riz masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut. – MalaysiaGazette