UM keluar kenyataan kutuk UMANY

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) mengutuk kenyataan Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (UMANY) yang disifatkan sebagai tidak menghormati institusi raja.

Sehubungan itu, satu siasatan segera akan dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi universiti itu ke atas badan pelajar berdaftar berkenaan.

Menurut kenyataan Pejabat Komunikasi Korporat UM, pihaknya memandang serius satu hantaran melalui laman Facebook bertajuk “Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara” yang dimuat naik UMANY.

“Ditegaskan, bahawa UM menjunjung dan menghormati institusi beraja. Oleh itu, pengurusan tertinggi UM mengutuk sebarang kenyataan yang melanggar atau bertentangan dengan prinsip tersebut.

“UM akan menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini dengan segera,” kata kenyataan itu hari ini.

UMANY dalam Facebooknya semalam dilaporkan berkata, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

Artikel berkaitan: UMANY biadap persoal kuasa YDPA – Kamarul Zaman

Maka, di bawah sistem itu, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut persatuan itu, Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan (YDPA) harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

“Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik atau bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang,” kata UMANY.

Persatuan itu menyatakan pendiriannya iaitu Yang di-Pertuan Agong tidak boleh mencampuri urusan negara, tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun hantaran di aman Facebook itu telah dipadamkan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mmg celaka lah anak2 didik dap kafir harbi, haram kn persatuan itu, dan tangkap anjing2 yg hina raja tu..biar tahu lngit tu tggi ke rendah, mmg dasar pendatang tak sedar diri..tak kenang di utung,..mmg dajal lah

Comments are closed.