Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee. foto MOHD ADZLAN, 01 JULY 2020.

KUALA LUMPUR – Mulai tahun depan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dilantik sebagai pemborong tunggal dalam program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) dan pembekalan diedarkan terus kepada pesawah.

Pelantikan tersebut merupakan kaedah penyelesaian terbaik dan bersepadu memandangkan NAFAS mempunyai kecekapan rantaian di mana pengedaran benih padi sah oleh NAFAS melibatkan 148 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Pada masa yang sama, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee, langkah-langkah penyelesaian ini dapat mengelakkan manipulasi benih padi sah dan harga di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak di pintu kilang.

Beliau berkata, NAFAS juga akan memberi ruang kepada ejen, individu atau syarikat sedia ada yang berdaftar lesen dengan pihak kementerian untuk mengedarkan benih padi sah.

“NAFAS juga mempunyai sumber kewangan yang kukuh serta kemampuan dan pengalaman NAFAS dalam pengedaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) di seluruh negara,” katanya dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Sebanyak sembilan ahli Parlimen bertanyakan soalan sejauh mana pelantikan NAFAS sebagai ejen tunggal untuk mengedarkan benih padi merupakan suatu kaedah penyelesaian terbaik.

Menurut Ronald, pelantikan NAFAS juga akan membolehkan penetapan harga siling benih padi sah dilaksanakan tanpa melibatkan tambahan peruntukan insentif kepada kerajaan.

Ia juga, katanya, akan mengelakkan manipulasi benih padi sah dan harga di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak di pintu

Beliau berkata, inisiatif penambahbaikan IBPS itu juga akan menyaksikan lesen dan permit akan diberikan kepada ejen, individu atau syarikat yang berdaftar dengan kerajaan untuk mengedarkan benih padi sah.

Selain itu, katanya, penetapan beberapa varieti benih padi sah yang akan dihasilkan oleh syarikat pengeluar benih padi sah untuk dipilih oleh pesawah;  dan NAFAS juga akan menyediakan stok penimbal benih padi sah bagi menangani isu-isu krisis.

“Sememangnya mekanisme penstrukturan semula keseluruhan rantaian nilai yang dilakukan oleh kerajaan ini adalah untuk menjamin mutu perkhidmatan di samping memberikan hak kepada pesawah untuk memilih benih padi yang terbaik bagi kegunaan sawah padi mereka.

“Pada masa yang sama, langkah-langkah penyelesaian ini dapat mengelakkan manipulasi benih padi sah dan harga di lapangan menerusi pembelian tanpa kawalan oleh pelbagai pihak di pintu kilang.

“Ianya penting bagi mengelak dominasi syarikat pembekal tertentu terhadap pasaran benih padi sah secara khususnya, dan sektor padi dan beras secara umumnya,” kata Ronald. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.