TERKINI : Pengutip Hutang Lapuk Lebih Kejam Dari Ah Long – Rosland

Di kala pandemik Covid-19, masih lagi ada pihak yang bukan sahaja mengambil kesempatan tetapi juga bersikap tidak berperikemanusian dalam mengutip hutang tertunggak.

Malah rakyat yang terbelenggu dengan hutang lama atau lapuk diganggu pengutip hutang sehingga ada mangsa yang mahu membunuh diri, bercerai, sanggup mencuri demi melangsaikan hutang.

Menurut Presiden Biro Pengaduan Awam Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM), Rosland Mohd. Arif, pihaknya sejak awal tahun menerima ratusan aduan berkaitan sikap pembeli syarikat hutang lapuk.