Keadaan di tapak kilang yang meletup di Kushinagar, Uttar Pradesh. foto Agensi

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera termasuk ada yang dalam kritikal selepas sebuah gudang kilang mercun di daerah Kushinagar, Uttar Pradesh meletup.

Letupan kuat telah menggegarkan seluruh kawasan mengakibatkan gudang itu runtuh sama sekali.

Dikhuatiri beberapa orang masih terperangkap di bawah runtuhan kerana letupan berlaku ketika kilang sedang beroperasi.

“Kami sedang berusaha untuk mengetahui punca letupan,” polis.

Menurutnya, polis yang menerima laporan letupan itu telah bergegas untuk menjalankan kerja-kerja menyelamat yang dibantu oleh penduduk setempat.

Beberapa media melaporkan letupan itu berlaku disebabkan kebocoran selinder gas memasak. – MalaysiaGazette