Poster-poster yang memaparkan gambar Donald Trump dan Joe Biden. foto Agensi

WILMINGTON, Delaware – Donald Trump dengan mudah menguasai undi di empat kubu kuat Republikan – Indiana, Kentucky, Virginia Barat dan Carolina Selatan, menurut Associated Press.

Keputusan awal menunjukkan Trump sudah memperoleh 33 undi pilihan raya daripada 270 undi yang diperlukan untuk dipilih semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Calon Demokrat, Joe Biden memenangi tiga undi di Vermont dan 13 undi pilihan raya Virginia.

Keputusan itu diperoleh selepas undi ditutup di Georgia, Florida dan beberapa negeri lain pada pukul 7 malam waktu Timur (8 pagi waktu Malaysia), di Ohio pada 7.30 malam dan di Pennsylvania, Maryland, Missouri, New Jersey dan negeri-negeri lain pada pukul 8 malam.

Berjuta-juta penduduk AS keluar mengundi untuk memilih Trump atau Biden.

Keputusan awal akan dimaklumkan.

Cuma keputusan muktamad akan diketahui pada lewat malam atau dalam beberapa hari atau minggu, jika jumlah majoriti undi tipis.

Hampir 100 juta pengundi telah memberikan suara sebelum Hari Pilihan Raya melalui pos atau secara langsung melalui pengundian awal, lebih daripada 70 peratus berbanding jumlah keseluruhan pada tahun 2016.

Pilihan raya kali ini telah mencatat rekod 139 juta orang yang mengundi.

Kira-kira 240 juta rakyat Amerika berhak memilih tahun ini, daripada jumlah penduduk sekitar 330 juta.

Menurut Projek Pilihan Raya Amerika Syarikat, undi 2020 sudah melebihi 2016 undi di Colorado, Hawaii, Montana, Oregon, Texas dan Washington State.

Kedua-dua calon yakin dengan peluang masing-masing. – MalaysiaGazette