Joe Biden. foto Agensi

WASHINGTON – Calon Presiden Demokrat, Joe Biden berkata, beliau semakin hampir memenangi pilihan raya Amerika Syarikat selepas menguasai negeri-negeri di Wisconsin dan Michigan.

Pada masa sama, Donald Trump pula mendesak agar undi dikira semula.

Wisconsin dan Michigan memberi sokongan kepada Biden, bekas Naib Presiden AS kini dalam keadaan kritikal untuk memperolehi 270 undi yang diperlukan untuk menduduki White House.

Trump pernah menguasai kedua-dua negeri itu dalam kemenangan pilihan raya 2016.

Kehilangan sokongan daripada dua negeri ini menyukarkan laluan Trump untuk terus memimpin AS.

”Selepas melalui proses pengiraan sepanjang malam, sudah jelas bahawa kita sudah memenangi cukup negeri untuk memperoleh 270 undi yang diperlukan untuk mengambil alih jawatan Presiden AS,” kata Biden, yang muncul bersama Kamala Harris, di Delaware.

Tambah Biden lagi: “Saya tidak hadir di sini untuk menyatakan bahawa kami telah menang. Tetapi saya di sini untuk melaporkan bahawa apabila proses pengiraan undi selesai, kami yakin akan menang,” ujar beliau lagi.

Trump pula menggesa campur tangan dalam kes yang masih ditangguhkan oleh Mahkamah Agung AS. yang masih belum selesai, sama ada Pennsylvania, negeri utama yang masih memproses ratusan ribu undi pos yang lewat tiba pada Hari Pilihan Raya.

Beliau juga mahu keputusan undi di Wisconsin dikira semula dan memaklumkan telah memfailkan tuntutan sama untuk Michigan dan mahu pengiraan undi di Pennsylvania ditangguhkan dengan alasan pegawai-pegawai yang terlibat dalam pilihan raya itu tidak membenarkan akses yang adil ke pusat pengiraan.

Tindakan undang-undang dilihat sebagai muslihat Trump untuk menentang keputusan pilihan raya yang belum disahkan, sehari selepas berjuta-juta warga Amerika keluar mengundi ketika wabak Covid-19 menjejaskan kehidupan mereka.

Trump sejak awal proses pengundian telah menyerang integriti mengundi dengan secara lantang mengaku kemenangan dan mencadangkan tanpa bukti bahawa Demokrat cuba melakukan kesalahan pilihan raya.

Biden berkata: “Setiap undi mesti dihitung. Tidak ada yang akan mengambil demokrasi dari kita, tidak sekarang, tidak akan pernah. Amerika telah bertahan terlalu banyak untuk tidak membiarkan perkara itu terjadi”.

Trump sedang berusaha untuk mengelakkan daripada menjadi Presiden AS. yang pertama yang tewas dalam pemilihan semula sejak George H.W. Bush pada tahun 1992.

Biden memenangi negeri Michigan dengan 67,000 undi, atau 1,2%, sementara beliau mendahului di Wisconsin dengan majoriti 20,000 undi, atau 0,6%, menurut angka dari Edison Research, yang menjangkakan Biden sebagai pemenang di Michigan.

Beberapa media turut menjangkakan Biden menang di Wisconsin, walaupun Edison tidak memetik laporan bahawa proses pengiraan semula undi belum selesai. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.