Duomo Square di Milan yang lengang daripada kunjungan orang ramai. foto Agensi

ROM – Sekatan pergerakan yang dilaksanakan di Itali turut menyaksikan penutupan sebahagian Lombardy -wilayah paling kaya dan popular di sekitar ibu kota kewangan Milan, kata Perdana Menteri Giuseppe Conte

Conte yang mengumumkan sekatan pergerakan seluruh negara dengan peraturan lebih ketat, membahagikan negara itu kepada tiga zon – merah, jingga dan kuning, mengikut penularan wabak.

Zon-zon itu dikategorikan berdasarkan kadar jangkitan tempatan dan jumlah penghuni hospital.

Di zon merah yang terjejas teruk, penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah untuk bekerja, sebab kesihatan atau kecemasan. Bar, restoran dan kebanyakan kedai akan ditutup.

Kelas sekolah menengah dan kelas dua sekolah menengah diadakan dalam talian

Namun, semua kilang akan tetap dibuka.

“Kapasiti unit rawatan intensif kami akan penuh dalam beberapa minggu, oleh itu kerajaan perlu campur tangan,” kata Conte pada sidang media untuk mengumumkan penguatkuasaan sekatan pergerakan yang akan berkuatkuasa pada hari Jumaat.

Conte berkata, zon merah akan merangkumi wilayah utara Lombardy dan Piedmont, bersama dengan Calabria di hujung selatan Itali dan wilayah kecil Valle D’Aosta.

Lombardy mempunyai populasi keenam terbesar di Itali dan menyumbang lebih satu per lima dalam Keluaran Dalam Negera Kasar.

Di kawasan jingga, kedai-kedai akan tetap dibuka dan orang ramai boleh dapat bergerak bebas di bandar dan dan pekan.

Manakala penduduk di Puglia di Itali dan Pulau Sicily tidak boleh meninggalkan kawasan masing-masing.

Baki 20 wilayah negara ini, termasuk Lazio di sekitar ibu kota Rom diletakkan di bawah zon kuning, yang bermaksud tidak ada sekatan.

Itali menyaksikan 352 kematian berkaitan Covid-19 pada hari Rabu setelah mencatatkan 353 kes pada hari sebelumnya.

Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah jangkitan baharu setiap hari meningkat kepada 30,550 daripada 28,244 kes. – MalaysiaGazette