Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Walaupun hanya 80 Ahli Parlimen sahaja yang dibenarkan berada dalam Dewan Rakyat sepanjang tempoh persidangan Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat namun ia tidak bermakna demokrasi terjejas, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, Ahli Parlimen boleh masuk untuk menyertai persidangan secara bergilir-gilir, khususnya bila perbahasan.

Selain itu tambahnya mana-mana Ahli Parlimen yang tidak masuk ke Dewan Rakyat juga masih boleh mendengar perbahasan menerusi CCTV.

“Mereka tak faham. 80 dalam Dewan Rakyat tu bermmaksud dalam chamber. Yang lain dok bilik lain tapi boleh ikuti sidang. Gilirlah masuk chamber. Nak bahas dan nak undi boleh masuk.

“Demokrasi mana yang terjejas. Bergilir gilir masuk dewan supaya tidak crowded (sesak).

“Nak bercakap, nak undi boleh masuk. Waktu di luar, boleh ikuti sidang close circuit (CCTV). Rasa nak masuk boleh masuk asal sentiasa ada di bangunan Parlimen,” beliau berkata demikian menerusi ciapannya di Twitter malam tadi.

Beliau berkata demikian menepis dakwaan seorang peguam Andrew Khoo yang dilaporkan sebagai berkata, tindakan mengehadkan 80 ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat pada satu-satu masa mulai minggu depan adalah ancaman kepada demokrasi.

Kata Andrew tiada kaedah lain untuk ahli Parlimen lain mengambil bahagian dalam perbahasan.

Semalam Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata Mesyuarat Penyelarasan Urusan Dewan Rakyat memutuskan jumlah Ahli Parlimen dihadkan pada persidangan kali in sehingga 17 Disember 2020.

Ini merupakan langkah untuk mengawal penularan wabak Covid-19.

Pecahan pembahagian Ahli Parlimen yang dibenrkan masuk ke dalam dewan adalah 41 dari pihak kerajaan dan 39 lagi adalah pembangkang serta Bebas.-MalaysiaGazette