Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Pada akhir September 2020, hutang Kerajaan Persekutuan mencatatkan RM874.3 bilion atau 60.7% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Hutang ini merangkum 96.7% sekuriti berdenominasi ringgit manakala bakinya mata wang asing.

Ini menunjukkan tahap kecairan domestik yang mencukupi disokong oleh kemajuan pasaran hutang tempatan dan kekukuhan pelabur institusi.

Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 berkata, situasi ini membolehkan Kerajaan Persekutuan mendapatkan keperluan pembiayaan dalam negara seterusnya mengurangkan pendedahan ke atas risiko tukaran asing.

Berdasarkan had statutori hutang yang merangkumi instumen MGS, MGII dan MITB, nisbah hutang kepada KDNK 56.6% berikutan unjuran KDNK yang lebih rendah berbanding unjuran asal semasa Belanjawan 2020. – MalaysiaGazettes