Polis menahan sembilan lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai dirogol bergilir-gilir di Kampung Kurnia Jaya, Kamunting dan Taman Tekkah Permai, Aulong sejak 18 hingga 25 Sept lepas.
Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya dengan memukul kepala dan perut  wanita itu bulan lepas.

Rakibur Rahman, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Tertuduh yang bekerja membaiki telefon bimbit itu didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera terhadap isterinya yang merupakan warga tempatan berumur 46 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pangsapuri Merak, Jalan Bukit Idaman di Batu Caves di sini pada 7 malam, 5 Okt lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya dan dia juga boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh warganegara asing.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Dis untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

2 Komen

  1. Padan muka ko..dan aku nasihat kpd warga tempatan tak plu kot ko kwin dgn warga asing yg tak ada msa depn mcn bangla tu..trima lh padah nya, bangla pun ko nk ke kwin..mcn tak ada org tempatan ko nk kwin…trima lh akibat nya..bngla dn warga asing bkn nk sgt pun kat ko tu, cuma dia nk nama ko, supya dpt buat pniagaan di mlysia…yg bodoh ko kwin dgn bngla tu apa sal..trima lh akibat nya..

  2. Warga asing termasuk cucu-cicit pendatang buruh dibawa masuk penjajah British untuk menguntungkan ekonomi British sewajarnya dihadkan kerja 3D sahaja dan kena bayar cukai lebih tinggi berbanding pribumi tempatan lebih-lebih lagi memandangkan tanah Melayu kini merosot ke 12% dan majority ekonomi negara dimiliki corporate kaum pendatang supaya Pak Pandir politikus insaf lagi sedar perlunya mengikut contoh negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini the Dominican Republic ratifikasi ICERD sambul enggan ikhtiraf kaum pendatang tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warganegara tempatan demi menjamin hak keistimewaan pribumi mereka. Bila lagi?.

Comments are closed.