Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang anggotanya yang yang disyaki terlibat menyeludup warga asing ke negara ini dan merampas buku pendaftaran pernikahan Indonesia yang disyaki miliknya .

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten, Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan mengenai penahanan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada jam 9 semalam daripada

“Pemeriksaan awal mendapati pemandu kenderaan itu seorang anggota polis berusia 34 tahun (suspek) dan terdapat lima penumpang warga asing termasuk tiga perempuan semuanya berusia antara 31 tahun sehingga 48 tahun.

“Siasatan ke atas kesemua warga asing itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah di negara ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi.

Menurut Nik Ezanee, berpandukan oleh suspek (anggota polis), serbuan dilakukan di sebuah rumah beralamat di Kampung Lindungan pada pukul 6.30 pagi ini dan menemui tiga warga asing termasuk seorang wanita berusia antara 25 hingga 50 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga warga asing itu juga tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah sebelum berjaya menahan suspek anggota polis itu dan kesemua lapan warga asing tidak berdokumen sah atas kesalahan terlibat dengan penyeludupan migran.

“Dalam serbuan sama, polis berjaya merampas kereta kenderaan peronda polis (MPV) yang digunakan suspek untuk menyeludup migran, sehelai vest polis, sebuah buku daftar pernikahan Kementerian Agama Indonesia (milik pemandu), sebuah telefon bimbit dan sebuah buku catitan rekod pembayaran.

“Ujian saringan awal ke atas anggota polis (suspek) dikesan positif methaphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Malah katanya, kesemua suspek akan dibawa ke mahkamah Petaling Jaya untuk perintah tahan reman bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) atas kesalahan penyeludupan migran yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahunn dan boleh juga dikenakan denda atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ini angota polis durjana. Mnusia mcn ni jgn bgi lpas penjara seumur hdp, ini melibatkn pkhidnat kpd ngra..lucutkan ke angotaan polis, polis mcn ni tak ptut lpas..blh mncemarkn nama polis yg lain..mcn ni punya org blh jadi polis..lpas ni , hrp pihak yg nk jadi polis mesti di perketatkn, jgn ada lgi kebal2 utk jadi polis..

Comments are closed.