Rafael Nadal berjya melakar kemenangan ke-1000 Jelajah ATP Tenis Terbuka Rolex Paris Masters.

PARIS – Jaguh tenis dunia, Rafael Nadal berjaya melakar rekod kemenangan Jelajah Tenis ATP yang ke-1,000 dalam kariernya selepas menang ke atas rakan senegaranya, Feliciao Lopez dalam kejohanan Terbuka Rolex Paris Masters.

Nadal merupakan pemain keempat melakar rekod kemenangan itu dalam dunia tenis.

Legenda tenis Amerika Syarikat, Jimmy Connors mendahului senarai dengan 1,274 kemenangan diikuti pesaing Nadal iaitu Roger Federer (1,242 kemenangan) dan pemain Czech, Ivan Lendl (1,068).

Pencapaian terbaharu Nadal itu menyusul selepas merangkul gelaran Grand Slam ke-20 dalam Kejohanan Terbuka Perancis ke-13 menyamai rekod Federer.

“Bukan senang untuk mencapai tahap itu (kemenangan ke-1,000) pelbagai kekangan khususnya kecederaan menguji saya, namun ussha keras serta kerjasama pasukan jurulatih serta ahli keluarga membantu saya mencapai tahap ini.

“Saya bersyukur juga dapat melakar rekod dalam usia 34 dan akan meneruskan pencapaian ini,” ujarnya.-MalaysiaGazette