Sebahagian peniaga kedai menjual pakaian wanita mengemas premis mereka lebih awal susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikutan wabak Covid-19 yang melanda negara semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 17 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM95 juta pembiayaan mikro kredit khas akan diperuntukkan melalui AgroBank, MARA dan TEKUN Nasional dalam usaha memperkasa golongan wanita.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata, kerajaan juga menyediakan RM50 juta di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam melalui Ar-Rahnu BizNita.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat di sini hari ini. – MalaysiaGazette