Zahida Zarik Khan.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Puteri UMNO tidak berpuashati dengan keputusan mengeluarkan RM500 sebulan sahaja daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, pengeluaran selama 12 bulan itu dengan jumlah RM6,000 hanya melibatkan sebilangan pencarum sahaja.

“Soalan saya jika kepada 600, 000 pencarum, siapa sahaja yang layak? Bilangan itu, berapa peratus daripada keseluruhan rakyat yang terbeban dan perlukan kewangan?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam.

Justeru Zahida masih konsisten dengan cadangan sebelum ini mahu pengeluaran 30 peratus atau had maksimum RM10, 000 wang KWSP dikreditkan secara bulanan kepada pencarum.

“Kalau perlu pencarum boleh mohon, kalau tidak, simpanan tidak diusik dan bukannya dengan menghadkan hanya sebilangan pencarum yang layak,” katanya lagi.

Belanjawan 2021 menetapkan hanya golongan yang terkesan kerana diberhentikan kerja sahaja layak mengeluarkan wang daripada Akaun 1 KWSP.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Nama ja mteri kwangan tp x reti.. Perihatin lah sngt.. Punya lah payah nk kelurkan duit sendiri.. Hmpeh

  2. masalah kalau orang daripada perniagaan atau CEO jadi menteri sbb kita pun tak pasti bahawa beliau ada pergi atau dengar sendiri kesusahan rakyat.
    Jika hanya duduk di pejabat bergantung kepada pegawai2 yg beri penerangan ini yg jadi.
    Banyak program latihan tetapi kalau yg dapat latihan hanya sebahagian saja bagaimana? Ingat majikan nak hantar pekerja bawahan pi training sangat baik mereka hantar pekerja yg terlibat dalam pengurusan kerana kalau hantar yg bawahan takut operasi tidak berjalan atau mereka minta tubuh kesatuan kerana bila pi training dapat banyak pendedahan,

Comments are closed.