Mark Meadows. foto Agensi

WASHINGTON – Ketua kakitangan White House, Mark Meadows yang tampil di acara-acara umum tanpa memakai pelitup muka telah disahkan positif Covid-19.

Setakat ini tidak diketahui bagaimana beliau dijangkiti dengan virus tersebut.

Sumber berkata, pembantu kempen utama, Nick Trainer juga positif Covid-19.

Meadows, penasihat utama Trump dan bekas Ahli Parlimen North Carolina, selalu menemani Presiden Donald Trump sejak kebelakangan ini untuk berkempen.

Beliau didakwa yang berada di parti pada malam pilihan raya di White House yang dihadiri oleh puluhan penyokong setia Trump. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast