TERKINI : Siasatan 6 Anggota ‘Peras Ugut’ Orang Awam Sudah Lengkap – Ketua Polis Serdang

SERDANG – Polis sudah melengkapkan siasatan membabitkan enam anggota polis yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan jenayah pemerasan terhadap orang awam.

Laporan lengkap itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya minggu depan untuk tindakan lanjut, kata Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah hari ini.