2 Maut Nahas Helikopter, Bekas CEO MAS Terselamat | EDISI MG 7.45mlm – 8 Nov 2020

Hari ini ibu negara digemparkan dengan laporan mengenai sebuah helikopter yang terhempas berhampiran Taman Melawati di sini kira-kira pukul 11.46 pagi.

Maklumat awal mengatakan kedua-dua helikopter berkenaan sedang dalam penerbangan latihan dari Subang ke Genting Sempah.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, kedua-dua helikopter tersebut dari syarikat sama iaitu My Heli Club yang berpangkalan di Subang.