Anggota bomba yang berjaya mengeluarkan mayat di lokasi kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas di Jalan Melawati, Selangor. foto MOHD ADZLAN, 08 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Sebuah helikopter terhempas berhampiranĀ  Taman Melawati, di sini kira-kira pada jam 11.46 pagi ini.

Menurut laporan awal menyatakan kemalangan melibatkan dua buah helikopter bertembung dan terhempas.

Terdapat empat mangsa iaitu seorang perempuan dan tiga lelaki semasa kejadian.

Sementara itu, Astro Awani melaporkan Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis mengesahkan kejadian tersebut.

Daripada video-video yang tular di laman media sosial, salah sebuah helikopter yang berwarna putih dan biru itu terhempas di sebelah jalan.

Malah gambar-gambar pada laman media sosial turut memaparkan anggota bomba telah berada di lokasi kejadian dan orang ramai sedang memberi bantuan kepada mangsa. – Malaysiagazette

Video Berkaitan