GOMBAK – Kejadian berlaku dalam sekitar jam 11 pagi.

Itu kata seorang jiran yang ditemui di Taman Melawati, Hulu Kelang mengenai insiden helikopter terhempas yang meragut dua nyawa, hari ini.

Menurut jiran itu, beliau sedar kejadian berlaku ketika baharu sahaja selesai melakukan aktiviti merentas hutan di sekitar kawasan tersebut.

“Mereka (mangsa) tengah menjalani latihan penerbangan bersama Datuk (Ahmad Jauhari).

“Yang meninggal itu adalah jurulatih dengan pelajar beliau yang menaiki helicopter biru,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Laporan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah helikopter bertembung dan terhempas.

Menurut beliau, mangsa yang meninggal itu adalah jiran yang dikenalinya.

“Yang mati itu adalah jiran saya. Bunyi kuat. Kira dengar dari Masjid Hidayah,” katanya.

Difahamkan yang meninggal dunia adalah jurulatih penerbangan, Mohd Irfan Mohammed Rawi dan Mohd Sabri Baharom.

Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan dipercayai cedera dalam kejadian tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun

    Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah,

    Semoga Allah terima segala amalan beliau dan mengangkat darjatnya disisi Allah,

    Semoga pemergian beliau menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,

    Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solihin,

    Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.

    Amiin Amiin Amiin..

Comments are closed.