Petugas Kementerian Kesihatan mengambil maklumat diri pada pekerja-pekerja warga asing sebelum menjalankan tugas membuat saringan kedua dengan pemeriksaan ujian darah bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Dewan D' Kelana, Petaling Jaya, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2020

NEW YORK – Jumlah kes jangkitan Covid-19 sudah melepasi 50 juta berikutan peningkatan kes baharu di beberapa negara dalam tempoh 30 hari.

Lebih 1.25 juta penduduk meninggal dunia akibat wabak ini, menurut Johns Hopkins University.

Namun angka ini mungkin lebih lagi disebabkan ketidakcekapan ujian saringan di banyak negara.

Gelombang kedua virus tersebut telah menyumbang satu per empat daripada semua kes, lapor Reuters.

Eropah, dengan lebih daripada 12.5 juta kes dan 305,700 kematian, sekali lagi menjadi pusat tumpuan setelah menjadi pusat pertama wabak covid-19 pada awal tahun ini.

Di Amerika Syarikat (AS), lebih 10 juta dikesan positif dan menyaksikan lebih daripada 125,000 kes setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Negeri Dakota Utara dan Selatan mempunyai kadar kematian per kapita tertinggi.

Perancis merekodkan 38,619 kes baharu direkodkan pada hari Ahad berbanding 86,852 kes pada hari Sabtu.

Namun kementerian kesihatan mengatakan ia menghadapi masalah mengumpulkan data dan akan ada pembetulan pada hari Isnin.

Perancis juga mencatatkan 271 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan 40,439 kes.

Di United Kingdom (UK) – yang menyaksikan jumlah kematian tertinggi di Eropah – terdapat 20,572 kes dan 156 kematian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 49,044 kematian.

Bagaimanapun, angka terbaharu dari Pejabat Statistik Nasional UK menunjukkan peningkatan jangkitan mungkin stabil di seluruh UK, dengan kadar kenaikan lebih perlahan daripada minggu-minggu kebelakangan ini.

India dan Brazil juga dilanda pandemik dengan teruk.

Di Asia, India merekodkan kes kedua di dunia tetapi mengalami penurunan sejak September.

Jumlah kes melebihi 8.5 juta kes pada hari Jumaat dan rata-rata kes harian adalah 46,200, menurut data Reuters.

Portugal akan melaksanakan perintah berkurung di seluruh negara mulai Isnin.

Switzerland turut mengerahkan 200 tentera simpanan yang telah menjalani latihan selama empat bulan ke hospital untuk membantu jumlah kemasukan yang semakin meningkat. – MalaysiaGazette