Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Ahli-Ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak menolak kemungkinan untuk menyokong Belanjawan 2021 Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai menghormati dan mentaati titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tiga lagi ahli Parlimen Pejuang bagaimanapun meletakkan syarat tertentu jika mahu mereka menyokong belanjawan itu termasuk membuat pindaan atau membatalkan mana-mana peruntukan yang mengabaikan kepentingan awam.

“Kami berharap aspek-aspek belanjawan yang digusar dan ditimbulkan oleh rakyat, pakar ekonomi, pemimpin kesatuan sekerja, penganalisa, pemimpin badan bukan kerajaan, ahli-ahli akademik dan anggota masyarakat lain akan dapat dinilai, diperbetul dan jika perlu dibatalkan.

“Jika ini dapat dilakukan, maka kami bersedia memberikan sokongan kepada Belanjawan 2021,” kata Dr Mahathir bersama tiga Ahli Parlimen Pejuang, hari ini.

Tiga ahli Parlimen Pejuang itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Kenyataan itu juga mendedahkan ketika ini Pejuang berada di dalam dilema apabila diminta menyatakan pendirian terhadap Belanjawan 2021.

“Untuk menyokong belanjawan tersebut, Ahli-Ahli Parlimen Pejuang merasa mengabaikan kepentingan awam.

“Ini kerana belanjawan itu rata-rata bersifat populis tanpa mengambil kira kepentingan rakyat dan hala tuju ekonomi Negara

Kata kenyataan itu lagi, jika Pejuang tidak menyokong belanjawan itu, mereka akan dituduh bermain politik ketika keadaan negara terdesak akibat daripada wabak Covid-19.

“Jika kami mengambil pendirian tidak menyokong, kami akan dituduh tidak taat kepada titah DYMM Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Sebaliknya belanjawan itu disifatkan sebagai tidak ikhlas terhadap sikap prihatin YDPA yang bimbang jika ia tidak lulus maka negara akan menghadapi masalah kecairan untuk mentadbir.

Malah kenyataan itu mendakwa kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin menyalahgunakan titah YDPA sebagai satu cek kosong untuk memasukkan beberapa aspek ke dalam belanjawan itu demi keuntungan politik dan mengenepikan kepentingan awam.

“Peruntukan yang begitu besar kepada agensi propaganda JASA salah satu simptom yang jelas meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan rakyat.

“Kerana itu, kami melihat belanjawan yang dibentang itu sebagai tidak menghayati semangat titah DYMM Yang di-Pertuan Agong yang meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan politik,” kata kenyataan itu lagi. – MalaysiaGazette

 

6 Komen

  1. Masa PH tutup JASA ada terfikir tak nasib pegawai JASA yg diberhentikan???? Dah takda alternatif lain selain berhentikan mereka???

  2. Kalau jenis tak puas hati, semua benda pun nak cari gaduh. Zaman dia ritu lagi sakan. Jgn kata hak parti lawan, hak rakyat pun potong. Seb bek 22 bulan ja, tak sempat depa nak kurangkan penjawat awam. Cuba dah kurang tgk masa tu, lg darurat sbb Covid mai penjawat awam pulak kurang.

  3. JASA lantikan politik mmg x patut dpt peruntukan duit rakyat…mmg patut ditentang…jgn sokong Tun.. Biar, yiddin terciduk

  4. Jasa tu adalah sebuah badan propaganda, ini memang sah dari mulut bekas Pegawai tinggi jasa. Tak payah la aktifkan balik, baik guna duit tu naikkan gaji pakar perubatan, bina sekolah, untuk ubat dan kebajikan rakyat. Kerajaan PN tak prihatin rakyat.

Comments are closed.