Lelaki Rakam Siasatan Polis Ditahan, Rara Minta Maaf | EDISI MG 2ptg – 10 November 2020

Bukit Aman hari ini mengesahkan tangkapan seorang lelaki yang didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika menyiasat berhubung paparan di Facebook bertajuk “YDPA Should Not Interfere in National Affairs”.

Pengarah Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kajang telah membuat serbuan di sebuah rumah seorang lelaki berbangsa Cina di Petaling Jaya bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.