KUALA LUMPUR – Video tular seorang kanak-kanak menunggang motosikal dan cuba beraksi di jalan raya telah berjaya dikesan polis.

Kejadian itu berlaku di Kampung Paya Chegar, Jitra dan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di Kedah berlaku pada 8 November lalu.

Dalam video tular di laman sosial berdurasi 19 saat itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menunggang motosikal Honda Ex5 berwarna hitam berada di simpang tiga menunggang motosikal keluar dari simpang jalan.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD berkenaan, waris kanak-kanak tersebut ke balai polis.

Waris kanak-kanak tersebut telah dikenakan tindakan kerana kesalahan menunggang motosikal di bawah umur, tidak memakai topi keledar.

Selain itu motosikal yang sama juga didapati cukai jalannya tamat dan tidak dilindungi insurans.

“Waris kanak-kanak tersebut telah diambil tindakan di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan pemandu bawah umur memandu suatu kenderaan bermotor,” ujarnya kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette