KUALA LUMPUR – Penyanyi ternama, Datuk Jamal Abdillah membuktikan umur tidak menjadi penghalang apabila dikurniakan cahaya mata pada tarikh istimewa hari ini.
Seniman yang berusia 61 tahun itu mendapat anak keempat selepas isterinya, Datin Zai Izzatin selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat mereka.
Kehadiran permata hati itu diberi nama El Issac Yamani.
Berdasarkan perkiraan tarikh yang dibuat oleh doktor sebelum ini, Zai pada awalnya dijangka melahirkan anak mereka pada 17 November ini.
Anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada hari yang mudah diingati iaitu pada 10.10.2019.
Jamal dan Zai Izzati, 25, melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.
Penyanyi yang sangat terkenal dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu sebelum ini memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, menerusi perkahwinan sebelum ini manakala Azura merupakan anak perempuan tunggalnya. – MalaysiaGazette