Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah terus menerima sokongan moral.

Salah seorang daripadanya ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, Noor Hisham sudah buat yang terbaik dalam usaha menangani penularan Covid-19 sesuai dengan posisinya.

“Jawapan beliau terhadap kenyataan tersebut dalam sesi sidang media petang tadi pun sudah padat dan memadai. Saya cuma ingin menambah beberapa noktah penting, sebagai kefahaman semua yang membaca dan mengikut isu ini.

“KP Kesihatan adalah antara individu terpenting dalam usaha memerangi pandemik Covid-19. Saya yakin, kita semua bersetuju bahawa beliau perlu kekal sihat, bersemangat dan terus berjuang bersama-sama semua barisan hadapan demi maslahah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu Noor Hisham menjawab dakwaan Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing yang mempersoalkan sama ada beliau takut mati kerana tidak pergi ke Sabah meninjau keadaan Covid-19 yang teruk di negeri berkenaan.

Sementara itu, Ahli Majlis Fatwa Perlis, Dr. Rozaimi Ramli juga berpendapat Noor Hisham sudah melakukan yang terbaik mengawal penularan pandemik.

“Saya melihat kepenatan di wajah beliau ketika melakukan sidang media. Bahkan setiap persoalan yang ditanya dapat dijawab dengan baik oleh beliau.

“Amatlah biadab jika ada yang mengatakan beliau takut mati keran tidak turun ke lokasi tertentu. Tan Sri DG, teruskan usaha dalam menjalankan tugas. Saya percaya rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian anda,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Tidak timbul isu takut mati – Dr Noor Hisham

1 Komen

  1. Kalau DG turun ke Sabah sekalipun, masalah boleh selesai ke? Kalau buat in-depth analysis, cari penyebab kenapa wabak merebak? Bunuh yang tu dulu?

Comments are closed.