Joe Biden. foto Agensi

WASHINGTON – Sikap Presiden Donald Trump yang enggan menerima kekalahannya dalam pilihan raya adalah memalukan.

Tetapi presiden baharu Amerika Syarikat (AS) yang dipilih itu menegaskan tidak ada apa yang boleh menghentikan peralihan kuasa.

Sementara itu, Trump menerusi akaun Twitter yakin beliau akan memenangi pilihan raya itu walaupun telah diramalkan kalah oleh semua rangkaian stesen televisyen utama.

Seperti yang berlaku setiap empat tahun, media AS akan membuat jangkaan kemenangan pilihan raya.

Buat masa ini belum ada keputusan pilihan raya dari negeri-negeri yang telah disahkan kerana proses pengiraan masih berlangsung.

Keputusan akan diumumkan oleh US Electoral College pada 14 Disember ini.

Menjawab persoalan media tentang penafian Trump berhubung kekalahannya, Biden berkata: ”Secara terang-terangan, ini memalukan”.

Tambah beliau: “Satu-satunya perkara, bagaimana saya dapat mengatakan ini dengan bijaksana, saya fikir ia tidak akan membantu warisan presiden.”

“Pada akhirnya, anda tahu, semuanya akan membuahkan hasil pada 20 Januari,” tambahnya yang merujuk pada hari peralihan kuasa.

Biden telah mula menerima panggilan telefon daripada kalangan pemimpin asing ketika beliau bersiap untuk mengambil alih jawatan Presiden AS.

Perdana Menteri UK, Boris Johnson, Taoiseach Micheál Martin dari Ireland, Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Canselor Jerman, Angela Merkel adalah antara pemimpin yang menghubungi Biden. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Betul ke Mamat ni dakwa SPR Amerika MENIPU? Dikatakan ada pengundi hantu?

    Dahulu Pakatan Hancing/DAP juga menuduh SPR Malaysia menipu? Mereka tuduh ramai pengundi hantu dibawa dari Bangladesh?

Comments are closed.