Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Empat suspek termasuk seorang warga Bangladesh ditahan polis berhubung insiden pencemaran bau air Loji Rawatan Air Rantau Panjang(LRA), Rawang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat berkata, bertindak atas laporan oleh Lembaga Urusan Air Selangor semalam, pihak polis telah menjalankan tangkapan bermula dari tengah malam hingga ke awal pagi tadi.

Katanya kesemua suspek telah ditahan dalam serbuan di tiga lokasi berasingan yang dijalankan di Gombak, Damansara dan Kelana Jaya.

“Tangkapan dilakukan ke atas empat individu iaitu seorang wanita India Muslim berumur 40 tahun, seorang lelaki India, 43 tahun, seorang lelaki Cina, 42 tahun dan seorang lelaki Bangladesh, 33 tahun,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.

Semalam Fadzil mengesahkan polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan selepas menerima laporan polis dari pegawai penguatkuasa LUAS sekitar 3 petang semalam.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette