Sinai, Mesir

BAITULMUQADDIS – Sebuah helikopter membawa pasukan pengaman yang diketuai Amerika Syarikat (AS) terhempas di Sinai, Mesir, menyebabkan tujuh anggota tentera terbunuh, kata sumber Israel.

Pejabat Angkatan Tentera Pelbagai Negara dan Pemerhati (MFO) di Israel mengesahkan kejadian sebuah helikopter terhempas tetapi enggan mengulas mengenainya yang tertakluk kepada siasatan, lapor Reuters.

Kenyataan tentera Israel berkata, ia menawarkan untuk menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kemalangan.

Menuurt laman sesawangnya, MFO mempunyai 1,154 anggota dari AS dan 12 negara lain yang mengawasi kawasan berkeluasan lebih 10,000 kilometer persegi di Sinai. – MalaysiaGazette