KUALA LUMPUR – Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disambung sehingga 6 Disember 2020, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah bersetuju untuk membuat penyambungan secara automatik kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Sewa Rumah.

Inisiatif ini adalah bukti usaha proaktif MAIWP yang amat prihatin kepada golongan asnaf yang pastinya terkesan ekoran pandemik COVID-19.

Penyambungan ini akan memberi manfaat kepada 5,629 penerima bantuan yang akan tamat pada Disember 2020 dan Januari 2021 melibatkan jumlah perbelanjaan zakat sebanyak RM1.92 juta. Penerimanya merangkumi asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bantuan Kewangan Bulanan merupakan salah satu daripada 30 skim bantuan zakat Baitulmal MAIWP yang menyalurkan bantuan tunai terus ke akaun penerima setiap bulan.

Bantuan ini disalurkan kepada asnaf fakir, miskin dan muallaf dengan jumlah bantuan bulanan antara RM300 hingga RM800 setiap penerima.

Bantuan Sewa Rumah pula membantu menampung sewa rumah bulanan golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf dengan kadar bantuan sehingga maksimum RM1,000.00

Kedua-dua bantuan ini diberikan bagi tempoh setahun dan dalam tempoh sebulan sebelum bantuan tamat, penerima bantuan perlu hadir bagi penilaian untuk proses penyambungan.

Namun dengan inisiatif penyambungan bantuan secara automatik ini, mereka tidak perlu  hadir ke kaunter Baitulmal bagi proses penyambungan.

Orang ramai juga dimohon untuk melaporkan kepada MAIWP mereka yang terjejas dan berada dalam kesusahan di Wilayah Persekutuan terutamanya semasa PKPB.

Laporan boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar Mobil Jejak Asnaf bagi memudahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP turun padang membantu mereka. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sehingga kini tak nampak lagi sebesar TAIK HIDUNG pun pemimpin2 MP2 belaan DAP aka PAN KHADAM DAP bercakap mengenai Islam?

    Betul ke MEREKA BERGITU TAKUT KEPADA DAP untuk bercakap mengenai Islam, pembangunan Islam atau apa2 sahaja perkara berkaitan dengan Islam?

Comments are closed.