SKMM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 352,101 premis akan diliputi dengan rangkaian Gigabit pada tahun ini, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Setakat 31 Oktober, sebanyak 96.4% sasaran telah berjaya dilaksanakan manakala sebanyak 83.2% alat pemancar sedia ada yang disasarkan pada 2020 telah dinaik taraf untuk meluaskan dan mempertingkat kualiti perkhidmatan 4G.

Status sasaran-sasaran lain akan dibentangkan dalam Laporan Suku Pertama Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA pada pertengahan Disember ini.

“SKMM sedar akan keperluan rakyat untuk mempunyai rangkaian Internet yang stabil dan keadaan tersebut bertambah signifikan susulan penularan pandemik Covid-19.

”Justeru, MCMC bersedia menerima cadangan-cadangan membina yang boleh dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kualiti pengalaman terbaik kepada pengguna selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2021,” katanya dalam kenyataan di sini.

SKMM berkata, pelaksanaan JENDELA sedang dipantau rapi oleh Jawatankuasa Pelaksanaan JENDELA yang bermesyuarat setiap dua minggu dan kepada Jawatankuasa Pemandu JENDELA yang dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah setiap dua bulan.

Perkara tersebut juga dilaporkan dan diangkat kepada Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri. Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Komunikasi Multi Media yang berlangsung setiap minggu.

SKMM memaklumkan, pihaknya telah mengambil pendekatan responsif dalam menangani isu kesalinghubungan di Sabah dan Sarawak serta kawasan luar bandar di Semenanjung bagi merapatkan jurang digital antara sesebuah
kawasan.

Sebanyak 13 menara baharu akan didirikan di Pitas dan Kampung Mengkapon telah dikenal pasti sebagai salah satu lokasi untuk pembinaan sebuah menara telekomunikasi di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 dan ketika ini sedang menunggu kelulusan pihak Kerajaan Negeri.

Antaranya, menaik taraf rangkaian Internet di pusat internet komuniti berhampiran dengan Kampung Sapatalang kepada sambungan gentian optik selaju 300 megabit sesaat (Mbps), sekali gus memberi manfaat kepada komuniti setempat termasuk pelajar universiti, Veveonah Mosibin.

Ini juga dilakukan dengan menaik taraf liputan kepada 4G dari 3G.

Di Kampung Mengkapon pula, sebanyak 13 menara baharu akan didirikan di bawah Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) 1 dan ketika ini sedang menunggu kelulusan pihak kerajaan negeri.

Sementara di Kiulu, tindakan memperluaskan liputan 4G sedang dilaksanakan di enam lokasi utama iaitu di Pukak, Lokub, Mantob, Kitapol, Kampung Sinorut dan Kampung Gonipis beserta dengan gentian optik ke setiap menara.

Di Kampung Kongsi 14, Bukit Selambau sebuah menara pemancar sementara didirikan bagi memberi liputan yang lebih baik di kawasan berkenaan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Kita bukan orang telecom, bila laying fibre optics, bina satellite earth stations untuk microwaves, itu ini memanglah kosnya agak mahal! Banyak juga operators yang share facilities, mereka meletakkan menara2 antena disc diatas tanah2 kubur, masjid dsb, untuk dikongsi!

    Hampir kesemua operators telecommunications telah membuat keuntungan berbillion2 ringgit setahun! Disaat2 sukar, tak boleh ke nak kurangkan harga internet2 ni semua, ramai budak2 sekolah universiti yang tak mampu?

    Menteri bertanggungjawab tak peka ke apa dengan isu ini?

  2. Kesian budak2 sekolah, anak2 sekolah, penuntut2 universiti B40, anak2 kampung, luar bandar, anak2 muda remaja ni semua bersemangat nak belajar online TAPI RAMAI YANG TAK MAMPU?

    Guru2 sangat faham TAPI menteri tak nampak ke bende2 ni semua?

Comments are closed.