TERKINI : Membimbangkan, Pergerakan 6 Juta Penduduk Selangor, KL, Putrajaya Sukar Dikawal

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kesukaran untuk mengawal pergerakan 6 juta penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjadi kebimbangannya kerana ia merupakan risiko berlakunya jangkitan Covid-19.

Jelas beliau ini kerana Lembah Klang antara yang mencatatkan peningkatan kes selain Negeri Sembilan beberapa waktu ini.