Bekas Presiden Didakwa, GPMS Selar UMANY Bacul | EDISI MG 3ptg – 13 Nov 2020

Seorang bekas pemimpin mahasiswa hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menghalang polis menjalankan tugas semasa siasatan kes melibatkan persatuan itu.

Tertuduh, bekas Presiden Persatuan Belia Muda Universiti Malaya (UMANY), Wong Yan Ke, 24 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurshahirah Abdul Salim.