YANGON (Reuters) – Berdasarkan keputusan rasmi pilihan raya umum yang dikeluarkan hari ini, parti National League for Democracy (NLD) memenangi cukup kerusi untuk menubuhkan semula kerajaan.

Keputusan terkini hasil daripada pilihan raya umum 8 November lalu mengesahkan parti pimpinan Aung San Suu Kyi itu telah berjaya memperolehi 322 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

NLD setakat ini telah memenangi 346 daripada 412 kerusi yang dipertandingkan.

Lagi 64 kerusi masih belum disahkan dan diumumkan.- MalaysiaGazette