Mohamed salah
Mohamed Salah

KAHERAH – Penyerang Mesir dan bintang sensasi Liverpool Mohamed Salah disahkan positif COVID-19, kata Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) pada Jumaat.

Menurut kenyataan EFA, Salah, 28, diuji positif virus itu selepas menjalani saringan pertama tetapi pihak ETA memutuskan untuk membuat ujian sekali lagi bagi mengesahkannya, lapor agensi berita Xinhua.

Pemain itu menjalani ujian saringan COVID-19, menjelang perlawanan pertama pasukan Mesir dengan Togo pada Sabtu untuk kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2021 .

Semua hasil ujian pemain pasukan itu serta kakitangan teknikal dan pentadbiran adalah negatif.- BERNAMA