OldTown White Coffee

KUALA LUMPUR – Rangkaian restauran OldTown White Coffee menafikan sekeras-kerasnya khabar angin serta dakwaan bahawa produk-produk di premis makanan itu mengandungi daging babi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, OldTown White Coffee juga menegaskan tuduhan dalam video yang tular di sosial media itu juga sama sekali tidak benar.

“Kami memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua premis kami telah memperoleh Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) daripada pihak berkuasa sejak 2010.

“Perniagaan kami amat mengambil serius tentang peraturan serta persijilan Halal dan memastikan semua bahawa bahan di dalam makanan dan minuman tidak menganungi daging babi atau elemen tidak halal,” kata pengurusan premis tersebut.

Kata kenyataan itu lagi, wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna tlah datang ke premis berkenaan untuk membuat pemeriksaan berkaitan tuduhan tersebut dan telah mengesahkan bahawa ia tidak benar.

Pengguna juga diminta merujuk kenyataan Jakim yang telah mengesahkan bahawa tuduhan tersebut palsu.

https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.744506395708636/1775823102576955.

Sementara itu, kataya, sijil halal OldTown White Coffee pula boleh didapati di Portal Rasmi Halal Malaysia http://www.halal.gov.my/v4/index.php?data=bW9kdWxlcy9uZXdzOzs7Ow==&utaman=info.

OldTown juga menggesa warga net supaya berhenti dairpada menyebarkan berita palsu dan pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang membuat tuduhan tersebut.

Semalam KPDNHEP Selangor memeriksa dan merampas bahan mentah berupa daging ayam, di sebuah restoran terkenal di Subang Jaya semalam, susulan tular sebuah video mendakwa mi kari yang dijual premis itu mengandungi daging babi.

Artikel berkaitan: Restoran terkenal didakwa hidang mi kari daging babi

Pengarah KPDNHEP Selangor Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pemeriksaan dijalankan lima anggota penguat kuasa itu, bagaimanapun mendapati restoran berkenaan mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang sah sehingga 30 Nov ini.

“Pemeriksaan lanjut ke bahagian dapur restoran menemukan bahan mentah yang digunakan untuk menyediakan menu mi kari kepada pelanggan. Bahan mentah utama iaitu daging disyaki daging ayam disita, bagi tujuan ujian makmal dan keterangan oleh pakar,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.