Kehilangan pekerjaan menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia kerana telah menyebabkan berlaku krisis ekonomi dan menjejaskan penduduk di negara ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kehilangan pekerjaan menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia kerana telah menyebabkan berlaku krisis ekonomi dan menjejaskan penduduk di negara ini.

Ia adalah hasil dapatan kajian yang dijalankan oleh EMIR Research Sdn Bhd yang melibatkan 2,096 responden termasuk di Sabah dan Sarawak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, 85 peratus responden menyatakan kehilangan pekerjaan sebagai kebimbangan utama mereka, diikuti oleh ancaman jangkitan melalui pendatang tanpa izin sebanyak lapan peratus.

Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff .

Kajian yang sama memaparkan kerisauan rakyat dan mengesan perubahan dalam indeks kebimbangan nasional, menilai jangkaan dan harapan rakyat terhadap kerajaan.

Ia juga mengesan perubahan dalam indeks kepuasan kerajaan dalam kalangan orang ramai daripada pelbagai komuniti dan status sosio ekonomi.

Manakala kualiti pendidikan berasaskan dalam talian 80 peratus disebabkan kekurangan kemudahan internet di rumah dan kualiti sektor kesihatan awam susulan penularan Covid-19 pula 75 peratus.

Menurut Dr Rais, ketidakstabilan politik semasa yang memberi kesan langsung kepada kehidupan dan mata pencaharian turut memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada kebimbangan dalam kalangan warga negara. – MalaysiaGazette