Politeknik Nuhu Bamali. foto Agensi

LAGOS – Sekumpulan lelaki bersenjata api menyerang sebuah politeknik di utara Kaduna, Nigeria dan menculik seorang pensyarah dan dua kanak-kanak, kata polis.

Mohammed Jalige, jurucakap polis di Kaduna yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan pasukan polis telah dikerahkan untuk memantau kawasan itu mengesan pengesan penyerang dan melaksanakan operasi menyelamat mangsa dengan segera.

Kumpulan lelaki bersenjata itu menyerang Politeknik Nuhu Bamali di daerah Zaria di negeri ini pada lewat malam Sabtu, kata Abdullahi Shehu.

Pensyarah dan kanak-kanak itu telah dibawa secara paksaan.

Penyerang dilaporkan telah melepaskan tembakan ke udara dalam usaha menakutkan penuntut dan guru-guru selepas memaksa mereka masuk ke kawasan sekolah.

Pensyarah yang mengajar di Pusat Pengajian Kejuruteraan, Jabatan Elektrik dan Elektronik politeknik itu kemudian dibawa keluar dari kediamannya ke tempat yang tidak diketahui.

Bapa kepada dua anak yang diculik itu pula dicederakan oleh penyerang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast