TERKINI : ‘Bakar Mercun’ Suspek Ada Rekod Jenayah Lampau – OCPD Serdang

SERDANG – Sekumpulan lapan penduduk bukan sahaja membakar mercun, malah turut membuat provokasi terhadap pihak polis yang cuba menyuraikan mereka. Kejadian berlaku di Taman Serdang Jaya di sini di sini pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian tersebut, seorang warga emas yang juga merupakan penduduk di kawasan berkenaan turut cedera di bahagian muka selepas dibaling dengan mercun ‘dragon’. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, susulan kejadian itu polis melakukan operasi khas dan menahan lapan individu terbabit semalam.