Pesawat B737 MAX yang masih digantung operasinya selepas dua nahas membabitkannya. foto Agensi

SEATTLE – Boeing Co mendapat kelulusan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan AS (FAA) untuk menerbangkan jet 737 MAX semula selepas hampir 20 bulan digantung operasinya.

FAA akan memperincikan peningkatan perisian dan perubahan latihan yang harus dilakukan oleh Boeing agar ia dapat meneruskan penerbangan komersial.

Penggantungan operasi MAX selepas dua tragedi membabitkan pesawat berkenaan adalah terpanjang dalam sejarah industri penerbangan komersial.

Kemalangan 737 MAX di Indonesia dan Ethiopia mengorbankan 346 orang dalam tempoh lima bulan pada 2018 dan 2019, telah mencetuskan siasatan segera oleh FAA.

Tragedi itu menelan kos sebanyak AS$20 bilion kepada Boeing.

Pembuat kapal terbang itu akan memulakan perkhidmatan komesialnya di tengah-tengah kemelut Covid-19, tarif baharu Eropah dan ketidakpercayaan jenama dalam industri penerbangan.

Model 737 MAX adalah peningkatan semula pesawat yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1960-an.

Pesawat lorong tunggal ini, seperti pesaingnya Airbus, A320, digunakan untuk penerbangan jarak dekat – telah menguasai penerbangan global dan memberikan sumber keuntungan utama industri.

Untuk mendapatkan persetujuan FAA, American Airlines merancang untuk melancarkan semula penerbangan MAX komersial pada 29 Disember ini.

Bagaimanapun, Southwest Airlines, pengendali MAX terbesar di dunia, tidak merancang untuk menerbangkan pesawat tersebut hingga suku kedua tahun 2021.

Apabila pesawat itu diterbangkan, Boeing akan menggerakkan ‘war room’ 24 jam untuk memantau semua penerbangan MAX yang sebelum ini mengalami masalah alat pendaratan yang tersekat.

Pentadbir FAA, Steve Dickson dijangka menandatangani perintah untuk menarik semula larangan penerbangan pada Rabu dan agensi itu akan mengeluarkan arahan kelayakan yang diperlukan.

FAA memerlukan latihan juruterbang baharu dan peningkatan perisian untuk menangani sistem pencegahan berhenti yang dipanggil MCAS, yang menjadi punca kedua-dua kemalangan membabitkan MAX.

Pengawal selia asing terkemuka di Eropah, Brazil dan China juga mesti mengeluarkan kelulusan sendiri setelah tinjauan bebas – menggambarkan bagaimana nahas 737 MAX menaikkan sistem keselamatan syarikat penerbangan yang pernah dikuasai AS, yang mana negara-negara besar dan kecil selama beberapa dekad bergerak seiring dengan FAA. – MalaysiaGazette