Azwan Ali
Azwan Ali. foto AFIQ RAZALI, 11 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Selepas pengacara Nabil Ahmad mencuri perhatian apabila dikaitkan oleh netizen sebagai menyindir Azwan Ali, kedua-dua figura itu sekali lagi menjadi perhatian apabila bertemu empat mata pada program Meletop semalam.

Azwan hadir sebagai tetamu jemputan tatkala Nabil diketahui umum mengacarakan program berkenaan.

Namun begitu tidak ada apa-apa di luar jangkaan berlaku malam tadi, sebaliknya Azwan atau dikenali sebagai Diva AA tenang berhadapan dengan Nabil.

Malah beliau berkata, dia tidak tersinggung dengan kata-kata Nabil.

“Ini semua kerja mulut-mulut hangsuang, sebenarnya tiada apa-apa dengan Nabil. Sebenarnya hidup kita ni tak lama, kita ni hidup sementara jer.

“Setakat Nabil nak cakap… knowing Nabil, kenapa uols mesti nak besar-besarkan isu. Lepas tu Diva dapat bertalu-talu pasal Nabil,”katanya,

Sementara itu, Nabil pula menyatakan memang ada pihak yang cuba mahu melihat dia ‘berperang’ dengan Azwan.

“Dia orang seakan-akan nak bakar kita, dia orang nak tengok kita ni bergaduh. Tetapi kita ni adik-beradik dalam industri,”katanya,

Sebelum ini, Nabil dikecam oleh netizen di laman sosial apabila dilihat seperti menyindir Azwan ketika mengacarakan rancangan Gegar Vaganza 7 (GV7) baru-baru ini.

Nabil dikecam kerana mengungkapkan ayat “Selalu pegang selfie stick, dah lama tak pegang microphone“.-MalaysiaGazette