Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

KUALA LUMPUR – Keputusan Permodalan Nasional BErhad (PNB) melupuskan keseluruhan pegangannya dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) kepada syarikat milik bukan bumiputera amat menyedihkan.

Ini kerana CCM adalah syarikat yang menguntungkan.

”Apakah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) turut terkena virus Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang suka menjual aset Bumiputra kepada bukan Melayu atau orang asing?,” soal Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi.

Semalam PNB mengumumkan persetujuan dengan Batu Kawan Berhad (BKB) untuk melupuskan keseluruhan pegangan sahamnya sebanyak 56.3% dalam CCM dan dana unit amanahnya berjumlah RM292.8 juta.

CCM adalah pengeluar produk salutan klor-alkali dan polimer yang terkenal di Malaysia, yang merupakan antara tiga pengeluar utama lapisan polimer untuk industri sarung tangan dan satu daripada pengeluar terbesar klorin untuk rawatan bekalan air.

Harga jualan itu, kata PNB mewakili premium sebanyak 69% daripada harga saham purata berwajaran 3 bulan.

”KWSP turut mengeluarkan kenyataan akan menjual beberapa asetnya untuk menampung pengeluaran dari akaun 1 dan 2.

”Apa jadi Abahku? Jangan pula “Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau”,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ehh x melompat pulak lebai dgn penyamun kalu PNipu jual eset negara..oh lupa..sendiri buat x per..boleh…cuihhh

Comments are closed.