Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki enam tahun lalu.
Gambar hiasan

MOSCOW – Seorang lelaki dihukum penjara 13 tahun selepas didapati bersalah cuba menyerahkan rahsia ketenteraan mengenai kapal Rusia kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), kata Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB).

FSB dalam satu kenyataan berkata, mahkamah di Bryansk, barat daya Moscow, mendapati Yuri Eschenko bersalah atas mengkhianat negara.

Pesalah itu kini ditempatkan di sebuah penjara dengan kemudahan keselamatan yang tinggi.

Eschenko mengaku bersalah dan mengatakan kesal dengan apa yang telah dilakukannya, kata FSB.

Tertuduh sebelum ini bekerja menyelenggara sistem radio elektronik yang digunakan oleh kapal tentera Rusia di bahagian utara.

FSB berkata, Eschenko telah menyalin dokumen rahsia yang berkaitan dengan sistem senjata yang digunakan oleh tentera.

Dia telah menyalin dokumen tersebut dari tahun 2015 hingga 2017 dengan tujuan untuk menjual maklumat tersebut kepada pihak ketiga.

Eschenko telah menghubungi CIA pada tahun 2019.

Dia ditangkap pada bulan Julai oleh FSB di wilayah Bryansk semasa cuba menyerahkan rahsia negara, katanya. – MalaysiaGazette