UMNO Shahrir Abdul Samad
Shahrir Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwa betul-betul terdesak mempertahankan Belanjawan 2021 sehingga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim menggelar Ahli-Ahli Parlimen yang tidak sokong belanjawan boleh digelar pengkhianat.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan Shahidan sungguh agresif memandangkan gelaran seperti itu tidak pernah dibuat apabila ada Ahli-Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan bajet oleh kerajaan.

Namun Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu mempersoalkan bagaimana Shahidan boleh menjadi Pengerusi PNBBC kerana  beliau adalah Ahli Parlimen Barisan Nasional.

”BN bukan dalam PN pun. Jadi macam mana dia boleh jadi pengerusi ‘backbenchers’ Perikatan Nasional,” soalnya.

Menurut Shahrir, sebenarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menjadi pendukung utama PN sarat dengan pengkhianat.

Katanya, semua tahu Ahli-Ahli Parlimen Bersatu semuanya biasa mengkhianati kawan-kawan dan perjuangan asal mereka.

”Tan Sri Muhyiddin, ‘mengkhianati’ Tun Mahathir. Azmin ‘khianati’ PKR, Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir.

”Hamzah, Dr Latif, Mustapha Mohamed dan lain-lain ‘khianati’ UMNO dan Tun Mahathir,” katanya sambil berkata, Bersatu yang menjadi pendukung utama PN sarat dengan pengkhianat.

”Sekarang Shahidan pula guna istilah ‘pengkhianat’ terhadap mereka yang tidak sokong Bajet 2021.

”Betul-betul terdesak mempertahankan Bajet 2021!,” katanya. – MalaysiaGazette

Ahli Parlimen tolak belanjawan adalah pengkhianat – Shahidan

2 Komen

  1. Ya. Org lain semua pengkhianat. Hanya sharil dan ahli UMNO saja yg sgt setia. Setia wlpun duit rakyat berbilion kena kencing ngan Jho Low. Hello shahril, nak setia pun hagak2 la. Sembang pompang demi rakyat, tp bila rakyat kena kencing berbilion, hang sendiri khianat pada rakyat.

Comments are closed.