Anggota polis berada di kawasan kemalangan yang membabitkan lima banduan yang melarikan diri di sebuah penjara di Lubnan. foto Reuters

BEIRUT – Seramai 69 orang banduan melepaskan diri dari sebuah penjara penjara di daerah Baabda, Lubnan pada hari Sabtu.

Mereka melarikan diri pada waktu Subuh setelah memecahkan pintu sel , kata agensi berita negara NNA, sambil menambah pasukan keselamatan telah mengepung kawasan sekitarnya.

Pasukan keselamatan memberitahu media, daripada 69 yang berjaya meloloskan diri, lapan orang telah ditangkap.

Bagaimanapun, lima lagi terbunuh selepas kereta yang dipandu mereka merempuh sebatang pokok ketika dikejar.

Pihak berkuasa sedang melancarkan siasatan punca kejadian tersebut, menurut NNA.

Pada bulan April, Amnesty International memaklumkan berlaku rusuhan di dalam penjara Lubnan dan tunjuk perasaan keluarga yang menuntut pembebasan tahanan kerana kebimbangan penyebaran CovidD-19 di penjara yang sesak.

Susulan itu, pihak berkuasa telah mengambil beberapa langkah pembebasan banduan terutama yang telah menjalani hukuman dan menyegerakan semakan praperbicaraan. – MalaysiaGazette