Donald Trump Jr.

NEW YORK – Donald Trump Jr. didapati positif Covid-19, kata seorang jurucakap.

Anak Presiden AS itu didapati positif Covid-19 pada awal minggu ini dan telah diasingkan sejak Isnin lalu, kata jurucakap itu.

Beliau menambah, Trump Jr. tidak menunjukkan simptom dan mengikuti protokol virus tersebut, lapor New York Times.

Trump Jr merupakan anak lelaki kedua Presiden AS itu yang diuji positif Covid-19.

Barron Trump didapati positif Covid-19 pada bulan lalu.

Pada Julai lalu, teman wanita Trump Jr., Kimberly Guilfoyle juga positif Covid-19.

Presiden Trump turut positif virus itu pada Oktober lalu.

Baru-baru ini, anak lelaki sulung Trump mempersoalkan tentang pandemik koronavirus dengan menyatakan dalam temu bual bersama Fox News bahawa sejak bilangan kematian telah berkurangan kepada ‘hampir tiada’, wabak itu adalah terkawal.

Sekurang-kurangnya 1,962 kematian dan 187,428 kes baharu Covid-19 dilaporkan di AS pada Khamis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast