Rokok juga berisiko tinggi untuk mencetuskan kebakaran sekiranya puntung-puntung rokok yang digunakan tidak dipadam sepenuhnya dan dicampak dengan sesukahati di tempat yang mudah terbakar.- Gambar hiasan.

ISU halal dan haram adalah penting untuk umat Islam.

Setiap umat Islam yang mengaku diri mereka beriman dengan
ajaran agama Islam perlu mematuhi segala ketetapan yang
telah ditetapkan kepada mereka sekiranya mereka ingin
mendapat keredaan daripada Allah SWT serta mengecapi
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Rasulullah SAW pernah bersabda “Perkara halal adalah jelas dan yang haram juga jelas. Bagaimanapun, di antara keduanya,
terdapat perkara yang tidak jelas (syubhah) yang mana
ramai orang tidak mengetahuinya”. (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).

Setiap umat Islam wajib menjauhi dan meninggalkan segala perkara yang telah jelas status haramnya. Antara yang jelas haram kepada umat Islam ialah seperti arak dan khinzir.

Ini adalah kerana status mengenai pengharamannya adalah jelas dinyatakan di dalam kitab suci umat Islam iaitu al-Quran.

Pengharaman arak telah jelas dinyatakan di dalam Surah Al-
Ma’idah, Ayat 90 yang bermaksud “Wahai orang-orang yang
beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-
batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari
perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya”.

Pengharaman khinzir juga jelas dinyatakan didalam Surah Al-An’am, Ayat 145 yang bermaksud “Katakanlah, tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang
disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam
keadaan terpaksa, sedang dia tidak menginginkannya dan
tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya
Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Bagaimana pula dengan rokok? Tiada ayat khusus yang
merujuk kepada pengunaan rokok ini di dalam kitab suci al-
Qur’an.

Walaupun begitu, ianya tidak bermakna rokok itu
halal untuk digunakan oleh umat Islam. Penting untuk setiap
umat Islam ketahui bahawa Allah SWT juga melarang umat
Islam untuk melakukan sebarang perkara yang merugikan
diri mereka sendiri serta menyusahkan orang sekeliling.

Ini selaras dengan firman Allah SWT didalam Surah Al-
Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud “Dan janganlah kamu
sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya
kebinasaan”.

Allah SWT juga telah berfirman di dalam Surah
Al-A’raf, Ayat 157 yang bermaksud “Dan ia menghalalkan
bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan
kepada mereka segala benda yang buruk…”.

Bertitik tolak daripada dua Surah yang dinyatakan di dalam kitab suci al-Qur’an ini, satu fatwa tegas terhadap pengharaman rokok
telah dikeluarkan di dalam negara kita lebih 25 tahun yang
lalu.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang
Kali Ke-37 di Dewan Syura, Tingkat 11 pada 23 Mac 1995
yang lalu telah membincangkan isu mengenai “Hukum
Merokok Dari Pandangan Islam” dan telah bersetuju untuk
memutuskan dengan jelas bahawa “Merokok adalah haramdari pandangan Islam kerana padanya terdapat
kemudharatan”.

Pengharaman rokok terbabit telah dibuat berdasarkan tiga faktor utama iaitu merokok membahayakan kesihatan diri perokok itu sendiri, merokok mendatangkan kemudaratan kepada orang di sekeliling yang terpaksa menghidu bau asap rokok berkenaan, serta sikap merokok itu sendiri yang menjurus kepada proses pembaziran wang, masa dan tenaga serta merugikan perokok yang mengunanya.

Merokok juga membawa kerosakan alam sekitar melalui pencemaran akibat daripada asap rokok yang dihasilkan serta proses pembuangan putong – putong rokok yang merata – rata di atas jalan.

Rokok juga berisiko tinggi untuk mencetuskan kebakaran sekiranya puntung-puntung rokok yang digunakan tidak dipadam sepenuhnya dan dicampak dengan sesukahati di tempat yang mudah terbakar.

Berdasarkan pelbagai kajian yang telah dilakukan,
wanita dan kanak-kanak antara golongan paling ramai
menderita diserang penyakit bahaya kesan daripada
pencemaran asap rokok daripada perokok tegar sekitar
mereka.

Bayi dan kanak-kanak yang terdedah kepada asap
rokok berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit yang
merbahaya seperti lelah, jangkitan paru-paru dan bagi
wanita yang mengandung juga pula boleh melemahkan
kandungan mereka.

Semua keburukan yang dibawa oleh rokok ini perlu diberi perhatian serius oleh semua umat Islam dalam negara kita.

Umat Islam dalam negara kita perlu menghormati fatwa
yang telah dikeluarkan lebih 25 tahun yang lalu berkaitan
dengan pengharaman untuk menghisap rokok ini.

Ini adalah kerana keputusan fatwa yang telah dibuat berdasarkan
prinsip – prinsip yang telah ditetapkan dalam agama Islam
sendiri berkaitan dengan isu kepentingan untuk menjaga
kesihatan, peringatan untuk tidak membazir wang, serta
amaran untuk tidak menjebakkan diri ke dalam sebarangperkara yang bukan sahaja boleh memudaratkan diri sendiri
malah kepada diri orang lain.

Dalam usaha pihak kerajaan Perikatan Nasional untuk memperkasakan undang-undang syariah dalam negara kita pada ketika ini, pihak kerajaan boleh juga memberi pertimbangan untuk jadikan isu merokok dalam kalangan umat Islam ini sebagai satu kesalahan syariah.

Pihak kerajaan juga perlu memberi pertimbangan
untuk melarang penjualan rokok ini disemua kedai – kedai
runcit dan serbaneka seperti larangan terhadap penjualan
minuman keras yang telah dikeluarkan oleh pihak Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini.- MalaysiaGazette

Dr. Muzaffar Syah Mallow,
Pensyarah Kanan Fakulti Syariah & Undang – Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

1 Komen

  1. Kerajaan totally 95% Islam kan.. Dah boleh buat semua2 tu.. Haramkan judi, arak, rasuah serta implimentkn HUDUD.. Kuasa ditangan nak tunggu apa lagi

Comments are closed.